Ismail Sabri lawat Tun Dr Mahathir di IJN
Ismail Sabri yang tiba pada 5.35 petang tadi dilihat melambai tangan dari kenderaan rasmi beliau ke arah pengamal media yang berkumpul di perkarangan IJN.
Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam di IJN.
Beberapa pengamal media mula berkumpul di luar IJN sejak 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir dan difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.
Sementara itu, Ismail Sabri dalam hantaran di akaun Twitternya berkata semasa menziarahi Dr Mahathir, beliau turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
“Saya turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad terus tabah,” katanya.
Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan.
Pada 8 Jan, beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM
AYER KEROH 16 Januari - Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk...
713 PELAJAR MELAKA DAPAT TABLET PERCUMA
AYER KEROH 16 Januari - Seramai 713 pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada 61 buah sekolah...
BUKA MINDA PELAJARI TEKNOLOGI DIGITAL, FAHAMI PERANAN MPJ
JASIN 16 Januari - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)...
BERLARI SAMBIL NIKMATI KEHIJAUAN ALAM
MACHAP JAYA 16 Januari - Kehijauan alam semulajadi bakal menemani peserta larian Lestari Run Machap Jaya 2025 yang bakal berlangsung...
AMALAN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT
AYER KEROH 16 Januari - Saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya penjawat awam mengamalkan konsep turun padang...
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...