Siri Jelajah Petronas gamit peminat sukan permotoran

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 22 Jan- Siri Jelajah ketiga Petronas Motorsports di Melaka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat sukan permotoran.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Sazli Zakaria berkata sambutan yang meriah itu diluar jangkaan.

Katanya, menerusi siri jelajah kali ini kereta lumba Mercedes-AMG F1 W12 dengan warna hijau ikonik Petronas dipamerkan untuk memberi peluang kepada pengunjung melihat dengan lebih dekat dan bergambar bersama jentera Formula 1 Mercedes AMG-Petronas itu.

“Selain itu, kami sediakan pelbagai aktiviti buat pengunjung seperti permainan interaktif menyeronokkan untuk seisi keluarga.

“Orang ramai juga boleh memandu kenderaan F1 mereka secara maya menggunakan simulator kereta lumba.

“Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam perlumbaan maya bersama pengunjung lain,” katanya ketika ditemui pada Siri Jelajah Petronas Motosports di pusat beli-belah Mahkota Parade, di sini, hari ini.

Sazali berkata, siri jelajah itu akan diteruskan ke negeri di Pantai Timur selepas sambutan Tahun Baharu Cina diikuti Sabah dan Sarawak sebelum berakhir di Kuala Lumpur.

Jelasnya, apa yang menarik sepanjang jelajah terbabit adalah pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik daripada Petronas selain membeli barangan eksklusif Petronas Motorsport.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1088
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri lawat Tun Dr Mahathir di IJN
Next post PRN Johor cabaran hebat semua parti raih sokongan pengundi baharu – Ahmad Maslan
Ubah saiz-+=