
Istimewanya nombor tiga bagi Sulaiman di PRN Melaka
LENDU 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini meluahkan rasa bangga kerana dapat membuang undi di sekolah lamanya, iaitu Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K), hari ini.
Bagaikan satu kebetulan, beliau yang juga calon nombor tiga bagi kerusi DUN Lendu dipilih mengundi di saluran tiga sekolah berkenaan.
Bukan itu sahaja, bahkan beliau juga dapat membuang undi di kelas lamanya sewaktu Darjah 3 dahulu.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu kebetulan yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini.
“Pagi ni saya mengundi di sekolah saya sendiri, saya sekolah di sini dari Darjah 1 sampai Darjah 6.
“Tempat saya mengundi tadi saluran tiga, kelas itu kelas saya Darjah 3 dan saya juga calon nombor tiga,” katanya selepas selesai membuang undi kira-kira jam 9 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
CUTI SEKOLAH: BELANJA RM70 DI MELAKA RIVER CRUISE BOLEH MENANG KERETA
DUYONG 23 Ogos - Cuti persekolahan yang bakal tiba ini boleh dimanfaatkan seisi keluarga untuk menikmati pelayaran dengan Melaka River...

