
Rais selesai mengundi di SMK Paya Rumput
PAYA RUMPUT 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin selesai membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Beliau yang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput hadir kira-kira jam 9 pagi ditemani isteri serta ibu bapanya.
Pada PRN penggal ke-15 ini beliau berdepan pertembungan lima penjuru.
Beliau akan dicabar calon Perikatan Nasional Muhammad Faris Izwan Mazlan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin (Pakatan Harapan), Mohamad Hashidi Mohd Zin (PUTRA) dan Mohd Jaini Dimon (Bebas)
DUN Paya Rumput mempunyai seramai 26,455 jumlah pengundi berdaftar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA NEGERI KEDUA TERBAIK TAHAP INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
BANDARAYA MELAKA 28 Julai - Komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh tadbir urus dan membudayakan integriti membuahkan hasil apabila Melaka...
PERUNTUKAN KHAS RM25 JUTA TANGANI BANJIR, BAIK PULIH KEROSAKAN
TABOH NANING 28 Julai - Kerosakan direkodkan di 100 lokasi terjejas akibat banjir seluruh Melaka akan dibaik pulih segera menerusi peruntukan...
WRUR PAYA RUMPUT: BUAH-BUAHAN TEMPATAN SEMAI SEMANGAT PERPADUAN SI CILIK
PAYA RUMPUT 28 Julai - Kira-kira 30 Tabika dan Tadika Perpaduan di bawah Daerah Melaka Tengah berhimpun dalam suasana penuh...
‘HEBAT’ JAMBATAN BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
PAYA RUMPUT 28 Julai - Program Hari Exco Bertemu Rakyat Negeri Melaka (HEBAT) terus membuktikan peranannya sebagai jambatan antara rakyat...
MELAKA REKOD 30,000 BEG DARAH SETAHUN
AYER KEROH 28 Julai - Sebanyak 29,000 hingga 30,000 beg darah berjaya dikumpulkan di Negeri Melaka setiap tahun, sekali gus...
ABSTRAKSI AIR BAWAH TANAH SELESAI ISU TKPM MENGGONG
PAYA RUMPUT 28 Julai - Masalah kekurangan bekalan air yang menjejaskan tanaman di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Menggong, Alor...
