ITEX 2022: UTeM rangkul tujuh pingat emas

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 7 Jun – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya merangkul tujuh pingat emas dan tiga pingat perak di 33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2022) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, UTeM mencapai kemenangan secara total 100 peratus apabila semua produk inovasi hasil kumpulan penyelidik itu merangkul 10 pingat untuk membanggakan pihak universiti.

Katanya, UTeM menetapkan penyertaan dalam pameran itu terdiri daripada kumpulan produk inovasi yang memberikan impak langsung kepada industri dan masyarakat serta komuniti dunia.

“Konsep penyertaan UTeM juga mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi di samping memberikan penyelesaian kepada permasalahan semasa di peringkat industri dan komuniti dunia.

“Tahniah kepada semua penyelidik UTeM atas pencapaian tersebut dan semoga dengan pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada kebangsaan dan antarabangsa,” katanya di sini.

Tujuh pingat emas yang dimenangi adalah menerusi produk Dynamic Roll Instability Warning Device For Commercial Vehicles diketuai penyelidik Ir Ts Dr Mohamad Hafiz Harun, Bio-Dur Packaging diketuai penyelidik Dr Ridhwan Jumaidin, Labah Air diketuai penyelidik Ts Mohd Idain Fahmy Rosley dan Rullzz Precision Cutter diketuai penyelidik Ts Dr Syahrul Azwan Sundi @ Suandi.

Turut meraih pingat emas, produk Cone Wedge Mechanism Based Electronic Mechanical Brake diketuai penyelidik Ts Dr Fauzi Ahmad, Smart Recycle Trash Bin System diketuai penyelidik Ir Ts Dr Anuar Mohamed Kassim dan Smart Moine Aeration System diketuai penyelidik Dr Mohamad Faizal Baharom.

Sementara itu, pingat perak pula telah dimenangi menerusi produk Remote Laboratory System For Online Learning, Ar-Ecoprenuer: Ultra Vires dan Multi-Language Document Reader (Mldr) For Visual Impairment People.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1381
Kongsi :
Previous post Jom bermalam di penjara
Next post Padah pukul isteri dengan kerusi, lelaki dipenjara lima bulan
Ubah saiz-+=