
ITP tawar kursus usahawan atas talian percuma
AYER KEROH 28 Jan. – Institut Tun Perak (ITP) mempelawa orang ramai mendaftar Kursus Usahawan Atas Talian dan Kursus Usahawan Digital pada 18 dan 19 Februari depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, program itu antara 40 ‘titik sentuhan’ utama Belanjawan 2021 Negeri Melaka.
“Ia bagi membantu rakyat Melaka khususnya mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan keusahawanan digital.
“Kursus ini percuma dan terhad; keutamaan kepada rakyat Melaka, mereka yang menetap di Melaka atau yang beralamat di Melaka sahaja.
“Namun, pihak penganjur akan membuka penyertaan kepada peserta luar Melaka sekiranya terdapat kekosongan,” katanya.
Kursus itu dijadualkan bermula jam 8 pagi sehingga 5.30 petang dan turut mendapat kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
