Sorting by

×

Jangan ambil kesempatan naikkan harga barang saat akhir

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PENGKALAN BATU 27 Jan – Peniaga di negeri diingatkan agar tidak menaikkan harga barangan di saat akhir menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Norena Jaafar berkata, sekiranya dikesan berlaku tindakan itu dalam kalangan peniaga pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil.

Beliau berkata, tindakan seumpamanya pernah dikesan membabitkan harga barangan mentah yang dinaikkan disaat akhir sebelum ini.

“Bukan hendak memberi amaran tetapi ingatan kepada peniaga, tolong jangan naikkan harga pada saat-saat akhir terutamanya di pasar awam dan pasar tani.

“Sebabnya kadang-kadang ada yang hendak ambil kesempatan pada musim perayaan jadi KPDNHEP memantau perbuatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan Tinjauan Harga Barangan Keperluan Menjelang Tahun Baru Cina bersama Exco Perpaduan Ngwe Hee Sem, di Pasar Besar MBMB Bachang, pagi ini.

Menurut Norena, seramai 70 anggota penguatkuasa ditugaskan melakukan pemantauan dan pemeriksaan harga di seluruh negeri bagi mengesan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

“Penguatkuasa ini akan berada di lokasi tumpuan orang ramai untuk membeli belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya.

“Sekiranya peniaga menaikkan harga tanpa asalan dan dengan niat mengaut keuntungan tinggi, tindakan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dikenakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

859
Kongsi :
Previous post Kongsi ‘sampul merah’ bersama keluarga B40
Next post Aktiviti seleweng minyak masak bersubsidi tumpas
Ubah saiz-+=