Jangan berniaga seawal tengah hari sepanjang Ramadan – Mufti

Masa Membaca:59 Saat

TANJUNG BIDARA 11 Mac – Pengusaha makanan termasuk peniaga bazar di negeri ini diminta untuk melewatkan operasi mereka pada sebelah petang sebagai tanda menghormati bulan Ramadan.

Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu bagi mengelakkan premis menjual makanan termausk bazar menjadi tempat bagi golongan tidak berpuasa untuk membeli makanan.

“Kita khuatir ada peniaga bazar seawal jam 12 tengah hari sudah memulakan perniagaan dan ini sudah pasti bukan elemen sebenar dalam operasi bazar.

“Jadi sekurang-kurangnya paling awal adalah sekitar jam 3.30 atau 4 petang untuk mereka (peniaga) mula memasuki kawasan bazar.

“Kalau awal sangat saya yakin perkhidmatan yang diberikan itu adalah untuk melayani orang yang tidak berpuasa dan amalan ini tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H/2024M peringkat Negeri Melaka berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, di sini, semalam.

Program ddiserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Barisan Exco Kerajaan Negeri, serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

731
Kongsi :
Previous post 3.61 juta murid, pelajar kumpulan B mulakan sesi persekolahan hari ini
Next post Ramadan: Peluang dekatkan diri kepada Allah SWT
Ubah saiz-+=