Jangan lupa datang awal ke Sambutan Hari Malaysia – KM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TABOH NANING 16 September – Rakyat Melaka diminta bersama-sama hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, di sini, malam ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, mengingatkan mereka yang bercadang untuk menyaksikan secara langsung sambutan julung kali diadakan di Negeri Melaka agar datang lebih awal.

Sulaiman berkata, penganjuran itu amat bermakna buat Negeri Melaka berikutan pertama kali diadakan di luar Sabah atau Sarawak seperti kelaziman sebelum ini.

“Esok (malam ini) Sambutan Hari Malaysia dan Negeri Melaka jadi tuan rumah bagi tahun 2022, pada kelaziman ia diadakan di Sabah atau Sarawak secara bergilir.

“Kita tidak lepaskan peluang untuk menjadi tuan rumah, sudah pasti Negeri Melaka akan menjadi tumpuan pengunjung luar dan pemimpin datang bersama-sama meraikan Sambutan Hari Malaysia kali ini,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap merasmikan Dewan Terbuka Taman Sri Naning, Bersempena Sambutan Hari Malaysia, di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Tpr. Saifuddin Abdul Karim.

Menurutnya, bagi keselesaan orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara disediakan Panorama Melaka Sdn Bhd (PSMB).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3534
Kongsi :
Previous post Kekalkan keharmonian untuk generasi akan datang – KM
Next post Kepentingan Sabah, Sarawak terus diberi perhatian – PM
Ubah saiz-+=