Sorting by

×

JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BUKA RUANG ORANG MUDA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

KUALA LINGGI 14 Julai – Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat berjaya menarik perhatian dan penyertaan belia untuk bersama-sama pemimpin negeri menyantuni golongan kurang bernasib baik dan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Muhammad Nor Farith Kuzaimie Abdul Manan, 26, berkata sebagai bakal pewaris negeri dan negara, sikap prihatin serta semangat mahu membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik dalam kalangan belia sebenarnya amat tinggi.

Katanya, belia juga sedia untuk memainkan peranan, menyumbangkan tenaga dan buah fikiran untuk manfaat masyarakat jika dipelawa serta diberikan peluang selain peranan yang lebih penting.

“Menerusi siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat ini belia setiap DUN dipelawa dan diberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat, apabila ada ruang seperti ini mungkin lebih ramai yang akan bersama-sama aktif pada masa akan datang.

“Mungkin ada yang berpandangan negatif kerana pendekatan konvoi digunakan, tetapi ini bukan menunggang motosikal untuk suka-suka tetapi menunjukkan keprihatinan anak muda terhadap mereka sedang mengalami kesukaran atau menempuh ujian,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Rakyat di Masjid Al-Hasanah DUN Kuala Linggi di Masjid Al-Hasaniah, Kampung Pantai, pada Jumaat.

6233467594002337934
BANTUAN melibatkan aspek pendidikan antara fokus Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sepanjang siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, Muhammad Danial Hakim Mohd Zairee, 21, berkata siri jelajah itu adalah satu bentuk pendedahan amat penting bagi menggamit lebih ramai belia aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

“Jelajah seperti ini juga merapatkan lagi hubungan belia dan pemimpin kerana Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan turun padang menyantuni rakyat.

“Bagi saya jelajah seumpama ini satu inisiatif yang amat bagus, memberikan faedah kepada kepada belia, memang perlu diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

487
Kongsi :
Previous post BUKAN SEKADAR PENYOKONG SETIA, 54 SRIKANDI BISTARI PENGGERAK KEBAJIKAN RAKYAT MELAKA
Next post PEMBINAAN KK BUKIT RAMBAI BAHARU DIJANGKA DIUMUM PADA BAJET 2027