
PEMBINAAN KK BUKIT RAMBAI BAHARU DIJANGKA DIUMUM PADA BAJET 2027
SERI NEGERI 14 Julai – Kelulusan berhubung pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Jenis 3 Bukit Rambai dijangka diumumkan pada sesi pembentangan Bajet 2027 Oktober depan.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, permohonan projek itu telah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dibawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Katanya, mengikut perancangan projek itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun, sekali gus menyediakan perkhidmatan kesihatan lebih berkualiti kepada penduduk sekitar.
“Penyediaan tapak bagi projek ini telah selesai dan lokasinya terletak berhadapan dengan KK Bukit Rambai sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikan ketika menjawab soalan lisan Datuk Wira Lim Ban Hong (BN-Klebang) pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Menurut Hee Sem, meskipun sudah mempunyai bangunan baharu, KK Bukit Rambai sedia ada akan dikekalkan dengan menawarkan perkhidmatan tambahan lain.
“Berdasarkan standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pendekatan terhadap aset lama tidak akan dirobohkan tetapi ditukar fungsi.
“Kegunaan bangunan ini akan dioptimumkan dengan menempatkan perkhidmatan seperti rehabilitasi dan pemulihan cara kerja,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM PERLUAS JARINGAN KORPORAT PROMOSI MELAKA RIVER CRUISE
AYER KEROH 14 Oktober - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) meneroka kerjasama strategik bersama jenama fesyen tempatan bagi...
MeSRa: DI MELAKA, SETIAP JALAN ADA CERITA..
AYER KEROH 14 Oktober - Kerajaan Negeri mempergiat usaha memperkukuh jaringan jalan raya menerusi pembinaan laluan baharu, naik taraf jalan...
MeSRa: PERPADUAN TAK TERBINA SEHARI, MELAKA SEMAI SETIAP HARI
AYER KEROH 13 Oktober - Penghayatan Rukun Negara, pengukuhan hubungan kejiranan dan penyuburan semangat patriotisme menjadi antara pendekatan Kerajaan Negeri...
MELAKA BILA LARUT MALAM: IDEA RM10, KINI JADI TARIKAN JUTAAN RINGGIT
AYER KEROH 13 Oktober - Bermula dengan idea membuka pintu produk pelancongan selepas jam 11 malam pada harga serendah RM10,...
MeSRa: MELAKA SALUR JUTAAN RINGGIT BELA NELAYAN, JAGA PETANI DAN PESAWAH
AYER KEROH 13 Oktober - Kerajaan Negeri memperkukuh kebajikan komuniti nelayan, petani dan pekebun kecil menerusi pelbagai inisiatif bantuan kewangan,...
RTB SUNGAI RAMBAI BAKAL NOKTAHKAN RISIKO BANJIR, BERI MANFAT KEPADA 30,000 PENDUDUK
SUNGAI RAMBAI 13 Oktober - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai diumumkan pada Belanjawan 2027 bakal memberi manfaat kepada...
