
Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Jenazah penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, selamat dikebumikan tepat jam 1.45 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.
Berdasarkan siaran langsung portal Berita Astro Awani, seramai 10 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbabit menyempurnakan pengebumian itu.
Bacaan talkin secara ringkas turut diadakan dan proses pengebumian selesai jam 1.45 tengah hari.

Kelihatan, kenderaan dinaiki suami arwah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berada di pekarangan tanah perkuburan itu.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah pelakon Rebecca Nur Al Islam yang menunggu dari mula hingga selesai pengebumian.
Sementara itu, puluhan petugas media berkampung di luar pagar tanah perkuburan itu bagi merakam gambar dan video proses pengebumian itu.

Terdahulu, jenazah bertolak dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada jam 12.13 tengah hari dan tiba jam 12.40 tengah hari.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin 6, serta bayi yang baru dilahirkan Ayash Affan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRESTASI SEMUA PBT DI MELAKA PADA TAHAP TERBAIK
BEMBAN 26 Jun - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka menunjukkan prestasi yang terbaik dan komited untuk memberikan perkhidmatan...
BATIK ‘CLAY’ PRODUK KEBANGGAAN RIM
RIM 26 Jun - Juara dalam penghasilan batik bermutu dengan motif menarik di negara ini pada kebiasaannya dikaitkan dengan perusahaan...
MAJORITI VETERAN ATM PILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA KEDUA
BANDA HILIR 26 Jun – Kira-kira 60 hingga 70 peratus veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya...
MPHTJ PERKETAT SYARAT CCC, PEMAJU WAJIB GUNA POKOK TEMPATAN
BEMBAN 25 Jun - Semua pemaju perumahan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diwajibkan menggunakan spesies pokok...
MIIEX 2026 CIPTA REKOD, LONJAK EKOSISTEM INOVASI MELAKA
REMBIA 26 Jun - Melaka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penyelidikan dan inovasi apabila Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX) 2026...
631 VETERAN ATM DITEMPATKAN DALAM SEKTOR BERPENDAPATAN TINGGI
BANDA HILIR 26 Jun – Seramai 631 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor berpendapatan tinggi menerusi...
