Jentera BN seluruh negara turun padang bantu PRN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

MASJID TANAH 4 Nov – Jentera Barisan Nasional (BN) akan memastikan kemenangan meskipun bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata berikutan itu semua jentera di peringkat akar umbi diarahkan mendekati pengundi bagi persiapan menghadapi pilihan raya itu berjalan lancar.

Katanya, apa jua kaedah kempen yang diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi, pihaknya sama ada di peringkat bahagian serta cawangan sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tangunggjawab.

“(Jika) bertanding solo itu kita akan teruskan mengukuhkan kekuatan supaya memastikan pertandingan secara bersendirian ini membuahkan hasil.

“Tetapi kalau ada rakan sepasukan yang boleh bantu beri kemenangan sudah pasti ianya memberikan satu kelebihan kepada kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, BN negeri juga mendapat bantuan daripada jentera luar Melaka bagi bersama-sama menghadapi pilihan raya itu.

“Saya melihat semua jentera ‘bapa angkat’ telah pun datang ke Melaka untuk uruskan gerak kerja pilihan raya dalam kawasan yang diberikan tugas untuk menjalankan gerak kerja di bahagian masing-masing.

“Kita mengalu-alukan dalam keluarga BN untuk bersama kita memberikan sokongan jentera tempatan ini.

“Semua negeri (termasuk) daripada Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Negeri Sembilan sudah berada di kawasan Parlimen untuk memberikan sokongan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

609
Kongsi :
Previous post Seru rakyat satu suara, pilih kerajaan stabil
Next post Mohon PAS perjelas istilah ‘tarik diri’ – Rauf
Ubah saiz-+=