Jeti Sungai Kesang tidak lagi terbiar

Masa Membaca:59 Saat

SUNGAI RAMBAI 9 Jun – Jeti Sungai Kesang yang sekian lama terbiar dan tidak terurus selepas operasi Sungai Rambai River Cruises (SRRC) bakal berubah wajah apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memulihara semula kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis berkata kawasan jeti itu adalah pintu utama memasuki sempadan negeri Johor, jadi keadaan infrastruktur yang kelihatan daif dan terbiar memberi imej negatif kepada kerajaan negeri.

Berikutan itu, katanya beliau mengambil inisiatif untuk mencantikkan semula kawasan jeti itu sebelum merancang aktiviti yang boleh dilakukan merancakkan ekonomi di kawasan terbabit.

“Saya panggil wakil JPS daerah Jasin, Puan Mariani dan juga wakil MPJ untuk berbincang bagi memastikan kawasan itu bersih daripada semak-samun serta daun kering.

“Kita mahu mengindahkan semula jeti terbabit dan kerja-kerja menceriakan semula kawasan itu akan dilakukan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Siti Faizah berkata, jika dahulu kawasan jeti terbabit dijalankan SRRC namun operasinya telah terhenti dan mengakibatkan jeti itu tidak digunakan untuk tempoh masa yang panjang.

“Kawasan itu akan dibersihkan terlebih dahulu, kemudian baru kita fikir apa aktiviti yang boleh dijalankan di kawasan terbabit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1479
Kongsi :
Previous post Melaka lebar sayap tarik pelancong Indonesia
Next post Sulaiman, delegasi Melaka santuni 37 penuntut Malaysia di Riau
Ubah saiz-+=