
Sulaiman, delegasi Melaka santuni 37 penuntut Malaysia di Riau
PEKANBARU 9 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sempat meluangkan masa berjumpa dengan 37 penuntut Universitas Sultan Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, hari ini.
Pertemuan di Hotel Pangeran, di sini dijalankan dalam keadaan santai pada jam 4 petang waktu tempatan (Indonesia).
Dalam pertemuan selama satu jam itu, pelajar yang hadir turut disajikan sesi minum petang dan ramah mesra bersama kenamaan delegasi yang hadir.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis; EXCO Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Ia turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah dan wakil Konsulat Malaysia Di Pekanbaru Wan Noorshima.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH KONGSI REZEKI BERI RAKYAT RASA ‘DURIAN MAHAL’
ASAHAN 5 Julai - Peluang menikmati durian premium seperti Black Thorn dan Musang King pada harga hanya RM10 seorang sempena...
JALAN LADANG 5KM BERI MANFAAT BESAR BUAT 200 PEKEBUN KECIL
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Usaha Kerajaan Negeri membela kebajikan dan keperluan komuniti peladang serta pekebun kecil di Sungai Rambai...
123 PROGRAM ‘HIDUPKAN’ WRUR SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Sebanyak 123 program dan acara yang disusun sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
4,000 NIKMATI BUFET DURIAN PREMIUM, ‘KENDURIAN’ MELAKA BAKAL JADI ACARA TAHUNAN
ASAHAN 5 Julai - Festival Durian Melaka 'Kendurian' bakal dijadikan acara tahunan selepas sambutan luar biasa diterima apabila hampir 4,000...
RUMAH NGAJI, KOMUNITI NELAYAN TERIMA LIMPAHAN NIKMAT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat edisi sulung yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
WRUR BUKAN NOKTAH KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan penamat kepada usaha Kerajaan Negeri menyantuni rakyat, sebaliknya...
