JPJ Melaka buka kaunter pandu lalu

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

Oleh Faiz Hasan dan Nur Iliyana Zainis Zainal

BUKIT KATIL 23 Ogos – Kaunter pandu lalu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibuka mulai hari ini kepada orang ramai sebagai inisiatif bagi mengelakkan kesesakan di bangunan pejabat agensi itu.

Pengarahnya Muhammad Firdaus Shariff berkata, kaunter pandu lalu itu beroperasi lima hari hari iaitu dari Isnin  hingga Khamis mulai 9 pagi hingga 4 petang dan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat.

Jelasnya, pelbagai urusan boleh dilakukan orang awam tanpa janji temu membabitkan pembaharuan lesen kenderaan persendirian, pembaharuan lesen memandu Malaysia, bayaran saman kompaun aktif bagi saman baharu serta pelbagai lagi.

“Kaunter pandu lalu ini juga disediakan bagi pengguna yang menggunakan sistem atas talian dan kemudian boleh berurusan untuk mengambil cetakan lesen di kaunter berkenaan,” katanya kepada media selepas meninjau kaunter pandu lalu di Ibu Pejabat JPJ, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi menjamin perkhidmatan yang efisien dan berterusan dalam tempoh COVID-19, pihaknya menawarkan perkhidmatan kaunter di pejabatnya dengan beroperasi selama tujuh hari seminggu.

“Bagi memudahkan orang ramai berurusan di JPJ, kita beroperasi tujuh hari seminggu bermula 9 pagi hingga 4 petang kecuali Sabtu dan Ahad dari 9 pagi hingga 1 petang.

“Langkah ini bersesuaian dengan norma baharu ketika ini demi menjamin keselamatan orang ramai dan kakitangan JPJ,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2376
Kongsi :
Previous post Salah guna identiti individu lain demi vaksin
Next post JPJ sasar RM1.5 juta hasil lelongan 46 kenderaan dilucut hak
Ubah saiz-+=