
JPJ sasar RM1.5 juta hasil lelongan 46 kenderaan dilucut hak
Oleh Faiz Hasan dan Nur Iliyana Zainis Zainal
BUKIT KATIL 23 Ogos – Sebanyak 46 kenderaan pelbagai jenama yang disita dan dilucut hak akan dilelong secara sebut harga oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka pada September depan.
Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, antara kenderaan bakal dilelong termasuk Mini Cooper dan Subaru Impreza dengan pihaknya menyasarkan hasil RM1.5 juta daripada jualan itu.
Beliau berkata, notis sebut harga akan dibuka kepada orang ramai yang berminat selama dua minggu bermula pada 6 hingga 20 September dan borang boleh dimuat naik menerusi Facebook dan laman web JPJ.
“Lelongan kali ini dibuat menerusi sebut harga dan kita menjangkakan kira-kira 60 orang awam akan membida untuk kenderaan terbabit dengan nilai antara RM2,500 hingga RM10,000.
“Untuk lelongan kali ini JPJ hanya menawarkan kenderaan motokar sahaja dan kesemua kenderaan ini boleh didaftarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau kaunter pandu lalu di Ibu Pejabat JPJ di Bukit Katil, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
