Lelaki ditemui mati sering duduk di tembok longkang

Masa Membaca:56 Saat

TELOK MAS 23 Ogos – Lelaki berusia 53 tahun yang mayatnya ditemui dalam longkang pembetungan di Jalan Bukit Lintang, Kandang, dekat sini, semalam disahkan menghidap penyakit sawan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki itu daripada orang awam pada jam 4.15 petang.

Katanya, hasil siasatan di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terjatuh dalam longkang berkenaan tidak jauh daripada tempat tinggalnya di Bukit Lintang.

KETUA Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.

“Ketika ditemui keadaan mangsa lengkap berpakaian baju T serta kain pelekat.

“Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal, namun terdapat sedikit kesan calar pada kaki mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan duda, namun tidak mempunyai anak.

“Melalui keterangan ahli keluarga, mangsa sering duduk di tembok berhampiran lokasi kejadian.

“Mangsa juga mempunyai penyakit sawan dan pernah menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

827
Kongsi :
Previous post JPJ sasar RM1.5 juta hasil lelongan 46 kenderaan dilucut hak
Next post Lima bulan hanya berlauk telur
Ubah saiz-+=