jpj HRAA

JPJ Melaka jejak kesalahan jalan raya guna kaedah penyamaran

PERINGGIT 7 Julai – Taktik penyamaran digunakan pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bagi mengesan pemandu dan penunggang yang ingkar peraturan jalan raya sepanjang Operasi Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, HRAA berkuasa kuasa hari ini dan esok diikuti 12 serta 13 Julai bertujuan mengesan kesalahan dilakukan pengguna jalan raya sepanjang musim cuti perayaan.

“Sepanjang HRAA 40 anggota penguat kuasa bertugas di seluruh Melaka, jumlah ini tidak termasuk mereka yang menyamar menggunakan pelbagai taktik untuk mengesan kesalahan dibawah pematuhan undang-undang jalan raya.

“Gagal mematuhi lampu isyarat dan memotong barisan antara kesalahan menjadi tumpuan selain memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang dan topi keledar.

“Kami juga mengenal pasti beberapa titik panas di kawasan bandar dan lebuh raya seperti Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Operasi HRAA 2022 diadakan di Terminal Bas Melaka Sentral, di sini, petang tadi.

Hasil pemeriksaan dijalankan JPJ mengeluarkan 25 notis saman atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu, masing-masing 16 notis dikeluarkan bagi kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran, manakala empat lagi kesalahan kerana lesen memandu tamat tempoh.

“Dua kesalahan dikesan adalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, dua lagi tidak memakai tali pinggang keledar, selain itu kami turut mengeluarkan dua lagi saman atas kesalahan teknikal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

84
Previous post 14 individu ‘Geng Nicky’ bebas tuduhan jenayah terancang
WhatsApp Image 2022-07-07 at 9.25.13 PM Next post Dua penunggang parah di kepala, motosikal bertembung di simpang empat