Kaji semula penempatan Bazar Aidilfitri 2025

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PAYA RUMPUT 11 April – Kerajaan Negeri akan mengkaji cadangan penempatan Bazar Aidilfitri yang akan dianjurkan secara berpusat pada tahun hadapan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, Kerajaan Negeri akan melihat semula kesesuaiannya berikutan ketiga-tiga bazar yang beroperasi ketika ini telah menempa nama sehingga ke peringkat kebangsaan.

“Setiap cetusan idea yang dibawa Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu adalah sebuah ilham yang baik bertujuan membawa satu perubahan buat peniaga di negeri ini.

“Kita akan lihat semula kesesuaiannya dan akan terus mengkaji serta menambah baik bagaimana cadangan ini boleh diputuskan sehingga ke peringkat pihak berkuasa negeri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Paya Rumput diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Photo1712820415

EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terdahulu, sambutan yang diadakan menerima lebih 7,000 kunjungan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman serta Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMBsaya ), Datuk Shadan Othman serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

113
Kongsi :
Previous post Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Paya Rumput meriah
Next post Melaka sedia hadapi peralihan monsun
Ubah saiz-+=