Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Paya Rumput meriah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PAYA RUMPUT 11 April – Lebih 7,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput diadakan di Dewan Kompleks Sukan Komuniti, Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, penganjuran rumah terbuka pembuka tirai bagi peringkat DUN Melaka kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.

“Alhamdulillah, walaupun diadakan pada sebelah siang sambutan tetap meriah. Selain bersama-sama meraikan Aidilfitri, majlis ini juga menjadi tempat bagi orang ramai berjumpa dengan kepimpinan kerajaan dalam suasana santai,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Program bermula seawal jam 11 pagi turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman serta Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta tetamu lain.

Orang ramai disajikan dengan pelbagai juadah tradisional, selain dihiburkan persembahan artis tempatan iaitu Tomok dan juga Kombo MBMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

58
Kongsi :
Previous post Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Next post Kaji semula penempatan Bazar Aidilfitri 2025
Ubah saiz-+=