
‘Kak Long’ tiada sensitiviti, keterlaluan persenda OKU
JOHOR BAHRU, 18 Mac – Perbuatan seorang wanita dikenali sebagai “Kak Long” yang mempersendakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU), menerusi video tular di media sosial baru-baru ini adalah keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti, kata Presiden Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan OKU Johor Bahru Jamaluddin Abdul Malik.
Beliau yang menyuarakan rasa kecewa dengan perkara itu, mendesak agar wanita berkenaan membuat permohonan maaf secara rasmi.
“Kita mahu wanita berkenaan memohon maaf secara rasmi dan bukan hanya menerusi hantaran di Facebook dia sahaja. Isu ini harus menjadi pengajaran kepada semua dan tidak seharusnya terjadi lagi… kena jaga sensitiviti,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata isu itu juga akan dirujuk kepada Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi, bagi memastikan tindakan dapat diambil, sekiranya wanita berkenaan tidak membuat permohonan maaf.
Semalam Ras Adiba menerusi kenyataan berkata wanita berkenaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MIHF 2026 JADI TUMPUAN, SASAR 180,000 PENGUNJUNG
AYER KEROH 7 Ogos - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2026 menyasarkan kehadiran 180,000 pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM15...
TYT RASMI MASJID SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini merasmikan Masjid...
ZIANA ZAIN, AMY SEARCH DAN ST12 GEGARKAN AMBANG MERDEKA 30 OGOS INI
KLEBANG 7 Ogos - Penyanyi terkenal legenda tanah air Ziana Zain dan Datuk Amy Search bakal menjadi antara tarikan utama...
SAADON, KHADIJAH MENITI USIA EMAS DI SYURGA IDAMAN
TELOK MAS 7 Ogos - Hasrat pasangan warga emas ini untuk melalui hari tua di kediaman lebih selesa dipermudahakan apabila...
INANG-INANG TIGA GENERASI TERUS MEKAR DI KAMPUNG KANDANG
AYER MOLEK 7 Ogos – Melihat ibunya semakin uzur dan tidak lagi mampu meneruskan perusahaan inang-inang yang diusahakan sejak turun-temurun,...
HLN 2026: MPHTJ OLAH SISA CANTASAN POKOK JADI HIASAN
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Daripada sisa cantasan pokok dan kayu yang ditebang, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) membuktikan...
