
Warga Perancis antara tiga dikuatiri sesat di Cameron Highlands
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada mangsa pada pukul 4.56 petang tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba menerima maklumat tiga individu tersebut telah tersesat semasa melakukan aktiviti itu di trek pendakian gunung tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika ini, pasukan bomba sedang menaiki gunung tersebut menuju ke lokasi mangsa tersesat bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Katanya Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Multi-Skill Team (Must) juga diarahkan berada dalam keadaan bersiap sedia sekiranya diperlukan untuk dipanggil membantu operasi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
JATI DIRI, PENGISIAN ROHANI BENTENG GENERASI MUDA HADAPI DUNIA DIGITAL – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Generasi muda perlu memperkukuh jati diri dan pengisian rohani sebagai benteng dalam mendepani dunia digital...
PENDIDIKAN JADI ASAS LAHIR PEMIMPIN PELAPIS MASA DEPAN MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Kecemerlangan pendidikan menjadi antara asas penting dalam melahirkan barisan pemimpin pelapis bagi menerajui Melaka pada...
MENARA TAMING SARI TARIK SEGMEN PELANCONG BERBEZA
BANDA HILIR 25 September - Menara Taming Sari berjaya menarik segmen pelancong dan pengunjung baharu yang mempunyai minat khusus terhadap...
‘JENGGO’ LUBOK CHINA LAIN DARIPADA YANG LAIN
AYER LIMAU 25 September - Udang galah yang menjadi antara hasil sungai utama di Lubok China bukan sahaja membantu menjana...
LAMA MENYEPI, IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA BANGKIT JADI JUARA DEBAT
SERI NEGERI 25 September - Selepas sekian lama menyepi daripada arena debat, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka membuat...
