
Kakak rebah di pusara adik
AYER LIMAU 9 Oktober – Seorang wanita ditemui rebah ketika menziarahi pusara adiknya di Tanah Wakaf Lubok China, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi, Suhaidzra Abd Zahar, 46, ditemui tidak sedarkan diri oleh orang ramai sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lubok China dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang merupakan kerani di sebuah pejabat peguam di Seremban 2 kerap menziarahi pusara adik lelakinya yang meninggal dunia pada 4 November tahun lalu.
Katanya, sewaktu kejadian mangsa memandu kereta sendirian dari Seremban 2 untuk balik ke Kampung Lubok China dan singgah ke tanah wakaf itu.
“Semasa berada di kubur arwah adiknya saksi melihat mangsa tiba-tiba rebah dan dengan bantuan orang ramai mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lubok China dan telah disahkan meninggal dunia.
“Jenazahnya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan siasatan polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
