‘Kalau nak berniaga maklum sahaja pada saya’

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

DUYONG 25 Ogos – “Sesiapa sahaja minta tolong kita cuba bantu. Jika mahu berniaga maklum sahaja dan saya benarkan untuk berniaga dengan syarat kawasan tersebut tidak membahayakan diri dan pengguna jalan raya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Beliau, sebolehnya mahu memudahkan urusan semua penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu khusus peniaga-peniaga kecil yang mahu mencari pendapatan harian demi menyara keluarga.

Katanya, setakat ini sudah 120 peniaga kecil di DUN berkenaan dilesenkan, namun mereka belum berbuat demikian masih dibenarkan untuk berniaga, namun harus mengikut syarat ditetapkan.

“Kita mahu usahakan peniaga yang bertaraf bandaraya, saya hanya boleh sediakan ruang tetapi selebihnya penjaja itu sendiri yang perlu berusaha bagi mengubah nasib mereka.

“Penjaja di DUN Duyong memang ramai, ada yang datang dari Sungai Rambai, Bukit Katil dan banyak lagi. Saya tidak kisah biarlah kita kongsi limpahan rezeki bersama mereka,” katanya, ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Pejabatnya di Taman Seri Duyong 2, Selasa lalu 23 Ogos lalu.

WhatsApp Image 2022-08-25 at 12.25.14 PM
MOHD Noor Helmy.

Mohd Noor Helmy, kelonggaran juga diberikan apabila ada dalam kalangan penjaja dibenarkan berniaga meskipun tanpa lesen bagi tempoh sebulan.

“Mereka yang tidak berlesen ini ramai je yang hubungi saya, saya suruh mereka niaga dahulu dalam sebulan, kalau perniagaan dia okay barulah mohon lesen.

“Kita tidak mahu bila sudah ada lesen, perniagaan tidak mendapat sambutan, jadi kesian sebab mereka keluarkan modal berniaga, berikutan itu selagi tidak menyusahkan orang berniagalah.

“Kita faham mereka mahu cari rezeki, tapi perlu ingat untuk menjaga kebersihan, jangan bina tapak kekal di kawasan tersebut dan beri peluang kepada orang lain juga jika mahu berniaga,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1450
Kongsi :
Previous post Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia
Next post Ambulans bawa nenek dirempuh Myvi
Ubah saiz-+=