
Kanak-kanak 10 tahun lemas di Sungai Lurus
BATU PAHAT, 3 Nov – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lepas selepas terjatuh ketika memancing di sebuah jambatan terapung di Sungai Lurus, Senggarang di sini, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.47 petang, semalam.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan tersebut, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tujuh anggota bomba dari BBP Rengit, telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki telah terjatuh ke laut, ketika memancing di kawasan jambatan terapung di kawasan tersebut.
“Mangsa kemudiannya ditemukan terdampar di tepi pantai oleh orang awam pada 9.15 malam tadi, iaitu pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, mangsa warga tempatan keluar memancing bersama bapanya sebelum terjatuh dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan sekitar jam 11 malam tadi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
