Ab Rauf terima kunjung hormat pemimpin China

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 3 November – Lawatan Penasihat Negara China, Wang Xiaohong ke Melaka membuktikan negeri ini sentiasa mendapat tumpuan daripada pemimpin antarabangsa.

Wang yang dalam rangka Lawatan Kerja Ke Malaysia turut meluangkan masa mengadakan kunjung hormat dan berjumpa empat mata bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Difahamkan perjumpaan antara kedua-dua pemimpin berlangsung hampir 45 minit di sebuah hotel, di sini, hari ini, turut disertai 31 delegasi daripada China.

Hadir sama pada perjumpaan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China Kepada Ketua Menteri, Datuk Lim Ban Hong.

Terdahulu, Wang bersama delegasinya mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) kira-kira jam 10.30 pagi yang berlangsung lebih 30 minit.

Difahamkan, Ban Hong akan mengiringi Wang dan delegasi daripada China melawat ke lokasi pelancongan sekitar Banda Hilir pada petang ini.

Antara lokasi utama yang akan dikunjungi delegasi China adalah Jonker Walk Commitee, Jalan Kubu; Muzium Budaya Cheng Ho, San Shu Gong dan Muzium Budaya Baba Nyonya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

994
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak 10 tahun lemas di Sungai Lurus
Next post Kenal pasti harta wakaf berpotensi dimajukan – KM
Ubah saiz-+=