
KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DILANGGAR KERETA KETIKA MELINTAS JALAN
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku pada pukul 8 malam semasa kanak-kanak itu yang bersama bapa saudaranya, melintas jalan.
“Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian tulang belikat kanan serta luka-luka di bahagian muka, dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pemandu kereta disyaki melarikan diri selepas kejadian, dan kes disiasat mengikut Peraturan 41 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu pejalan kaki cuai melintas jalan.
Raub berkata rakaman video kejadian turut tular di media sosial dan beliau memohon agar saksi kejadian tampil memberi keterangan di Balai Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim dengan menelefon 018-9614064. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
CUTI SEKOLAH: BELANJA RM70 DI MELAKA RIVER CRUISE BOLEH MENANG KERETA
DUYONG 23 Ogos - Cuti persekolahan yang bakal tiba ini boleh dimanfaatkan seisi keluarga untuk menikmati pelayaran dengan Melaka River...
1,000 JALUR GEMILANG HIDUPKAN SEMANGAT MERDEKA DI JASIN
JASIN 23 Ogos - Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang menghiasi enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin...
HARI KEBANGSAAN MELAKA: ASPEK KESELAMATAN JADI KEUTAMAAN
BANDARAYA MELAKA 23 Ogos - Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka kini berjalan lancar mengikut jadual dengan kerja...
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...

