Kapal tangki warga asing berlabuh tanpa kebenaran ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TANJUNG KLING 31 Disember – Padah berlabuh tanpa kebenaran, sebuah sebuah kapal tangki dikendalikan warga asing ditahan pihak berkuasa di kedudukan kira-kira 4.9 batu nautika barat daya dari Pulau Upeh, di sini semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi), Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, penahanan jam 1.15 tengah hari itu adalah hasil maklumat daripada Jabatan Laut Malaysia, Pejabat Laut Melaka berkenaan sebuah kapal tangki sedang berlabuh di luar batas pelabuhan Melaka.

“Pemeriksaan mendapati kapal tangki MT TAHITTI IMO No. 9600877 gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran berlabuh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia sebelum mereka ditahan sekitar jam 1.15 tengah hari.

“Susulan itu, kapal dikendalikan 26 kru warga Republik of Hellenic, Romania, Filipina dan Rusia berusia antara 19 hingga 56 tahun itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

“Sepanjang tahun ini sahaja, terdapat empat kes melibatkan kapal berlabuh tanpa kebenaran yang telah diserahkan kepada Jabatan Laut untuk tawaran kompaun.

“Sekiranya gagal membayar kompaun, kes akan dibawa ke mahkamah untuk disabitkan pertuduhan,” katanya.

Azman berkata, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Orang ramai diminta agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.

Views:

382
Kongsi :
Previous post Ikan merah ibarat emas
Next post Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari Hospital Tampin
Ubah saiz-+=