Sorting by

×

KARIPAP PUSING USAHAWAN MAIM SEMAKIN TERSOHOR

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TABOH NANING 23 Jun – Jika sebelum ini Sharifah Rahima Mohd Sahar, hanya mampu menyiapkan kira-kira 200 biji karipap sahaja sehari, namun sekarang jumlah itu meningkat hampir dua kali ganda selepas dia mengikuti Program Tunas Perintis Usahawan MAIM-SME Corp.

Sharifah Rahima, 38, adalah antara 29 usahawan asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terpilih mengikuti program itu bertujuan membantunya mengembangkan lagi pasaran produk karipap pusing diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Katanya, pada permulaan dia menghasilkan karipap pusing secara kecil-kecilan bagi membantu meringankan beban suaminya yang bekerja sendiri menampung perbelanjaan keperluan mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah sekarang saya boleh hasilkan hampir 500 biji karipap pusing. Menerusi program ini saya menerima geran berjumlah RM15,000 bagi membeli peralatan perniagaan seperti mesin memotong uni, ‘mixer’, peti sejuk beku dan meja.

“Selain bantuan geran, saya turut diberi bimbingan dan diajar keadah promosi menerusi platform media sosial selain cara pembungkusan produk, semua ini sangat membantu dalam meningkatkan lagi jualan,” katanya yang ditemui pada Program Jualan Rahmah Madani KPDN Dan Hari Terbuka Masjid Ar-Rahman Kampung Rantau Panjang, di sini, 21 Jun lalu.

Ibu kepada enam anak ini berkata, bimbingan MAIM selama dua tahun banyak membantunya dalam meningkatkan lagi ekonomi keluarga.

“Malah saya juga kini lebih yakin dengan karipap pusing yang diusahakan kerana dengan segala tunjuk ajar dan bimbingan dapat membantu saya memberikan yang terbaik untuk produk makanan diusahakan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

769
Kongsi :
Previous post TAMAN REKREASI KESANG DAMAI KINI LEBIH CERIA, KONDUSIF
Next post DARI GIATMARA SUNGAI RAMBAI KE QATAR AIRWAYS