KBSM A johan Piala Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Abd Rahman

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 3 September – Kelab Badminton Seri Murni (KBSM) A muncul juara Kejohanan Badminton Piala Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Abd Rahman selepas menewaskan KBSM B 3-0 pada perlawanan akhir di Dewan Mini Bestari, di sini, hari ini.

Selaku juara, KBSM A membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan dan medal manakala KBSM B memenangi wang tunai RM700 berserta medal.

Tempat ketiga dirangkul pula Kontinjen Pelitawanis dan membawa pulang RM500 beserta medal dan tempat keempat membawa pulang wang tunai RM300 beserta medal menjadi milik Puspanita.

Manakala bagi kategori Pusingan Kalah (Loser Pool) Pasukan Wanita UMNO dinobat pemenang selepas menewaskan Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (Persiap) untuk membawa pulang RM300 beserta medal.

photo1662202743
MELAKA 03 SEPTEMBER 2022. Aksi Kelab Badminton Seri Murni A dalam pertandingan akhir sebelum muncul juara dalam kejohanan badminton pada Majlis Penutup Kejohanan Badminton Piala Pusingan Toh Puan Datuk Wira (Dr). Asmah Abd Rahman di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

Kesemua hadiah kemenangan disampaikan oleh Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Abd Rahman dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) , VP Shanmugam.

Hadir sama pada majlis penutup kejohanan tersebut adalah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Munira M Yusop; Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), Datin Seri Rosefouziah Saleh; Timbalan Pengerusi 3 Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWOM), Datin Nor Haya Sulaiman dan Pengerusi kejohanan, Wan Faudzilah Wan Abdullah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2125
Kongsi :
Previous post Melaka buka jalan untuk pembikin filem sejarah
Next post Tangguh aktiviti rekreasi di kawasan berisiko kepala air – Polis
Ubah saiz-+=