Kehadiran Ahmad Zahid suntik semangat calon, jentera Hang Tuah Jaya

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUKIT KATIL 10 November – Kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu jentera Pilihan Raya Parlimen Hang Tuah Jaya sedikit sebanyak menyuntik semangat jentera kawasan itu.

Calon BN Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, kehadiran kepimpinan tinggi parti itu adalah untuk memastikan mandat rakyat dapat dikembalikan kepada BN.

“Kehadiran Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO ke Parlimen Hang Tuah Jaya adalah untuk memberikan kata-kata semangat kepada kami di Hang Tuah Jaya meskipun beliau juga sibuk berkempen untuk Parlimen Bagan Datuk.

“Diharapkan dengan kata-kata dan semangat juang yang dipinjamkan di Hang Tuah Jaya dapat menjadi pembakar semangat jentera untuk terus menerus berkempen dan mengembalikan kerusi Hang Tuah Jaya kepada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perjumpaan bersama jentera BN Hang Tuah Jaya di Bangunan Pejabat UMNO, Bukit Katil.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan barisan calon BN.

photo_2022-11-10_19-28-44
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra bersama jentera BN di Bangunan Pejabat UMNO Hang Tuah Jaya, Bukit Katil. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4501
Kongsi :
Previous post RTM-MYTV tandatangan persetujuan siaran penajaan Piala Dunia
Next post Anak pemandu e-hailing Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UTeM
Ubah saiz-+=