‘Keluarga Malaysia’ raikan Deepavali di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

BATU BERENDAM 24 Oktober – Kemeriahan sambutan Deepavali bukan hanya dirasai mereka yang beragama Hindu malah turut disambut bersama masyarakat berbilang kaum dan bangsa.

Ianya jelas dapat dilihat apabila Rumah Terbuka yang diadakan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam dihadiri masyarakat daripada berbilang bangsa.

Malah, ada diantara tetamu dalam kalangan orang Melayu memakai pakaian tradisional masyarakat India sebagai tanda keharmonian bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia.

Menurut Shanmugam, kesepakatan dan keharmonian yang pada pada hari ini menunjukkan kestabilan negara dan ia perlu diteruskan untuk generasi akan datang.

IMG_20221024_162059_313
SHANMUGAM

“Malaysia mempunyai berbilang bangsa dan kaum malah menyambut pelbagai perayaan jadi kita kena kekalkan sambutan perayaan ini.

“Saya tidak mahu 10 atau 20 tahun nanti Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas tiada lagi. Kita tidak boleh merugikan anak cucu kita. Hari ini kita dapat lihat semua datang berkumpul tidak kira bangsa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali di kediamannya, hari ini.

Terdahulu, sambutan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.

IMG_20221024_161946_686
MELAKA 24 OKTOBER 2022. Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (duduk kiri) bersalaman dengan Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah (tengah) sambil dioerhatikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari (kanan) pada Rumah Terbuka Deepavali Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri V P Shanmugam (berdiri, kiri) di Taman Permata, Batu Berendam, Melaka. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama barisan Exco Kerajaan Negeri yang lain.

Shanmugam berkata, sambutan dan kemeriahan sambutan hari ini juga nyata menunjukkan semangat Keluarga Malaysia di antara rakyat negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2386
Kongsi :
Previous post Banjir di Alor Gajah semakin pulih, hanya 32 mangsa di PPS
Next post COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 21.5 peratus
Ubah saiz-+=