
Kemalangan Lebuhraya Elite: PM Ismail Sabri ucap takziah
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam semalam.
Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini beliau berkata perkhabaran itu diterima dengan rasa sedih dan pilu.
“Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan saya doakan mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Saya doakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh golongan beriman dan beramal soleh,” katanya.
Perdana Menteri turut mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang terkorban dan menyeru kepada pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati ketika menghadapi cuaca yang tidak menentu.
“Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang dan ahli keluarga kita yang menunggu kepulangan kita,” katanya.
Dalam kejadian malam tadi 10 individu maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya ELITE menghala Shah Alam.
Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan orang sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang merupakan mekanik.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BANTU ANAK ORANG ASLI NIKMATI INISIATIF LESEN MEMANDU PERCUMA
SERI NEGERI 15 Julai – Anak-anak masyarakat Orang Asli dicadang menjadi kumpulan penerima baharu Program Lesen Memandu Percuma Melaka Sayang...
ASPEK TEKNIKAL PUNCA KELEWATAN KELULUSAN PERMOHONAN PUSAT JAGAAN, TASKA
SERI NEGERI 15 Julai - Kegagalan pengusaha menyediakan fasiliti keselamatan mengikut syarat ditetapkan dikenal pasti sebagai antara punca utama kelewatan...
MELAKA LAKSANA KAJIAN PROJEK TEBATAN BANJIR DUN SUNGAI RAMBAI
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri melaksanakan Kajian Tebatan Banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sebagai langkah...
MASA MENUNGGU DI KLINIK KESIHATAN MELAKA KINI BERKURANG
SERI NEGERI 15 Julai - Purata masa menunggu di klinik kesihatan negeri ini semakin berkurang dengan pelaksanaan sistem Cloud-Based Clinic...
KERAJAAN NEGERI TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri menegaskan penggal terakhir pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bukan tempoh untuk memperlahankan...
ADLY SOKONG PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, KEPUTUSAN POLITIK DIBINCANG ESOK
SERI NEGERI, 15 Julai – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menegaskan beliau masih menyokong pentadbiran Kerajaan Negeri yang...
