Kenyataan penuh Speaker DUN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 5 Okt – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah mengumumkan pembubaran DUN Melaka dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Berikut merupakan teks penuh kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Speaker DUN Melaka.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa, semalam pada tarikh 4 Oktober 2021 (Isnin), satu sidang media telah diadakan oleh empat orang Ahli Yang Berhormat (YB) iaitu YB Sungai Udang, YB Pengkalan Batu, YB Telok Mas dan YB Pantai Kundor yang menarik sokongan terhadap Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Utama Sulaiman bin Md Ali.
  1. Susulan daripada sidang media tersebut, YAB Ketua Menteri Melaka telah mengutus surat kepada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk memaklumkan bahawa 4 orang Ahli Yang Berhormat tersebut telah hilang kepercayaan kepada YAB Ketua Menteri seterusnya pada masa yang sama meminta perkenan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas.
  2. Sehubungan itu, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober 2021 (Isnin).
  3. Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas akan diwartakan pada hari ini (5 Oktober 2021, Selasa).

Sekian, terima kasih.

Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka

5 Oktober 2021

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

893
Kongsi :
Previous post Saya ada isu dengan KM yang terpaksa ikut arahan – Idris Haron
Next post Suami, isteri maut ditetak anak
Ubah saiz-+=