
Keprihatinan MAIM ukir senyuman asnaf
ALOR GAJAH 9 April – Badan Sukarelawan At-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menyantuni golongan tidak berkemampuan untuk menyampaikan bantuan.
Kebajikan asnaf dan golongan yang tidak berkemampuan terus dijaga bagi memastikan nasib mereka terbela serta kebajikan terjaga untuk meneruskan kehidupan harian.
Baru-baru ini, BSAT MAIM telah menziarahi ke rumah seorang warga emas Muhammad Arshad Md Saman, 82, di Kampung Sungai Ragok, di sini.
Asnaf MAIM itu yang terlantar akibat sakit tua bukan sahaja memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga tetapi juga peralatan sokongan lain seperti katil hospital bagi memudahkan urusan hariannya.
Justeru itu, bagi membantu memudahkan urusan anak-anak warga emas terbabit menguruskannya BSAT MAIM menghulurkan bantuan dengan memberi kelengkapan katil hospital, lampin pakaian buang, kit makanan dan juga wang tunai.
Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban keluarga, selain mengukir senyuman serta memberi keselesaan kepada Muhammad Arshad.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan alat bantu pulih khususnya boleh menghubungi terus BSAT MAIM di talian 06-2868109 untuk maklumat lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MISI LAHIR GENERASI AL-QURAN PENGGERAK UMMAH, KADJ PERLUKAN SOKONGAN
KOTA LAKSAMANA 14 Oktober - Usaha melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu menjadi penggerak ummah mendorong Persatuan Kebajikan dan Pendidikan...
KHAIDHIRAH TAWAR DIRI PERTAHAN DUN RIM
AYER KEROH 14 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menawarkan diri untuk mempertahankan...
‘KAK SOM’ TUNAI JANJI, SRA JAIM BACHANG KINI DALAM PEMBINAAN
PENGKALAN BATU 14 Oktober - Penantian lebih 20 tahun penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk menikmati kemudahan Sekolah...
BUKAN SEKADAR MAHIR, USAHAWAN MELAKA BAKAL DILATIH KUASAI DIGITAL DAN AI
AYER KEROH 14 Oktober - Usahawan berkemahiran di Melaka bakal diberi peluang memperkukuh keupayaan pemasaran dan pengurusan perniagaan menerusi perancangan...
MeSRa PENDIDIKAN: SEKOLAH LEBIH SELESA, PEMBELAJARAN LEBIH BERMAKNA
AYER KEROH 14 Oktober - Keperluan pendidikan yang berkembang seiring pertambahan penduduk mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembinaan sekolah...
SEKOLAH DI MELAKA DIBUKA SEMULA ESOK, AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DIHENTIKAN
AYER KEROH 14 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Melaka akan beroperasi semula esok...
