Kerajaan cadang pasport vaksin untuk pengesahan terima suntikan

Masa Membaca:52 Saat

SEPANG 21 Feb. – Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di sini hari ini, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi cadangan tersebut.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin COVID-19 yang mendapat kesan sampingan serius, akan diwujudkan.

“Skim ini akan memberi pampasan ex-gratia kepada mana-mana penerima suntikan vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius, yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin itu,” katanya, sambil menambah perkara itu diputuskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas minggu lepas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

368
Kongsi :
Previous post PM Muhyiddin, Dr Noor Hisham terima suntikan vaksin COVID-19 Rabu ini.
Next post Program vaksinasi COVID-19 tiada had tamat, sehingga capai sasaran- Khairy
Ubah saiz-+=