Kerajaan Negeri dan Polis berpisah tiada – KM

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

MACHAP JAYA 3 Mac – Kerjasama antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka khususnya akan terus diperkukuhkan agar kesejahteraan serta keselamatan rakyat negeri ini terus terjamin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, dalam mengurus Kerajaan Negeri langkah merakyatkan pentadbirannya bukan sahaja akan ditumpukan kepada rakyat tetapi turut membabitkan PDRM supaya kepimpinan Melaka mampu bergerak seiring.

Kata Ketua Menteri, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian, cakna dan prihantin dalam hal kebajikan pegawai serta anggota PDRM bertugas di Melaka

“Jika ‘tagline’ PDRM berbunyi “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ saya jamin hubungan antara Kerajaan Negeri dan PDRM tidak akan berpisah. Pentadbiran saya sentiasa memastikan segala bentuk sokongan dan kebajikan polis terpelihara.

“Mereka semua ini (polis) adalah sebahagian daripada hidup kita, kepada semua pemimpin jangan lupa kerana antara kesejahteraan kehidupan, kelestarian masyarakat, pihak polis yang mengimbangi keselamatan dan ketenteraman awam dalam hidup kita.

“Saya menghargai jasa-jasa mereka, kita raikan semua anggota dalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kerana kesungguhan ditunjukkan dan perkhidmatan yang terbaik diberikan demi bersama sama menjalani kehidupan sebuah masyarakat Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Pada Program Community Policing Ketua Menteri Melaka Bersama Warga PDRM Alor Gajah di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Barisan Exco Kerajaan Negeri.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim; Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah; Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu serta tetamu lain.

Terdahulu Ab Rauf, menyampaikan sumbangan Khas Ketua Menteri kepada pelajar cemerlang, anak-anak istimewa, balu dan anggota mengalami masalah kesihatan.

Selain itu IPD Alor Gajah turutmenerima sumbangan ikhlas berjumlah RM10,000 daripada Saifuddin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

523
Kongsi :
Previous post KWSP umum dividen 5.50 peratus bagi simpanan konvensional. 5.40 peratus simpanan syariah
Next post Tingkat kesedaran, bendung ancaman ‘scammer’ – KM
Ubah saiz-+=