Tingkat kesedaran, bendung ancaman ‘scammer’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

Machap Jaya 3 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran rakyat Melaka berhubung jenayah penipuan dalam talian (scammer) yang semakin meningkat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagi memastikan kempen atau aktiviti kesedaran dilaksanakan memberikan impak kepada komuniti, PDRM disarankan untuk menjalinkan kerjasama dengan pemimpin tempatan.

Ab Rauf, turut meluahkan kerisauan berhubung peningkatan kes penipuan dalam talian yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Jenayah, termasuk penipuan dalam talian meningkat, saya mendapat laporan bahawa penipuan ini sukar dibendung mengakibatkan rakyat (mangsa) mengalami kerugian besar.

“Susulan itu PDRM diharap dapat meningkatkan kesedaran rakyat Melaka mengenai perkara ini dengan turun padang memberikan penerangan kapada komuniti menerusi Japerun yang ada seluruh Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Pada Program Community Policing Ketua Menteri Melaka Bersama Warga PDRM Alor Gajah di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Speaker Dewan Undangan Negeri , Datuk Wira Ibrahim Durum dan Barisan Exco Kerajaan Negeri.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim; Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah; Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post Kerajaan Negeri dan Polis berpisah tiada – KM
Next post Proses pindah IPD sementara Melaka Tengah sedang dilaksanakan
Ubah saiz-+=