Proses pindah IPD sementara Melaka Tengah sedang dilaksanakan

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

MACHAP JAYA 3 Mac – Proses pemindahan hak milik sedang dilaksanakan bagi melancarkan proses memindahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ke bangunan sementara di mana Wisma Amanah.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pemindahan itu adalah sementara menunggu kelulusan peruntukan bagi membina Kompleks IPD Melaka Tengah yang baharu di Krubong.

“Pemindahan itu telah diluluskan dan untuk membina IPD baharu juga sudah diuluskan, sekarang kita hanya menunggu di peringkat formaliti sahaja.

“Hasrat untuk menyediakan kemudahan lebih selesa untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini sudah dizahirkan kepada Menteri Dalam Negeri, malah ketika lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melaka sebelum ini, beliau bersetuju terhadap cadangan memindahkan IPD lama ke lokasi sementara.

“Begitulah hasrat kita, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan warga PDRM yang menjaga ketenteraman awam di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Community Policing Ketua Menteri Melaka Bersama Warga PDRM Alor Gajah diadakan di perkarangan IPD Alor Gajah, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 03 03 At 5.10.04 Pm
AB Rauf bergambar bersama tetamu dan penari cilik yang turut membuat persembahan pada majlis berkenaan..Foto Ab Rauf Yusoh/Pejabat Ketua Menteri

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Barisan Exco Kerajaan Negeri.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim; Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah; Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

310
Kongsi :
Previous post Tingkat kesedaran, bendung ancaman ‘scammer’ – KM
Next post Ahli perniagaan rugi lebih RM200,000 angkara ‘phone scam’
Ubah saiz-+=