Sorting by

×

KERJASAMA SERANTAU MAMPU TANGANI JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KOTA LAKSAMANA 12 September – Malaysia menegaskan kerjasama serantau amat penting dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan bagi melindungi nyawa, memulihkan maruah serta memberi harapan kepada komuniti yang terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, misi tersebut tidak mampu dilaksanakan oleh mana-mana negara secara bersendirian, sebaliknya memerlukan solidariti dan kerjasama kukuh dalam kalangan negara ASEAN.

“Seperti peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Inilah intipati ASEAN yang berteraskan solidariti, kerjasama dan saling percaya.

“Nilai solidariti itu menjadi tunjang dalam mengukuhkan kerjasama serantau bagi menangani cabaran jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Persembahan Kebudayaan Sempena AMMTC Ke-19 di Encore Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, ASEAN bukan sekadar dokumen atau deklarasi, tetapi tentang rakyat, persahabatan serta jaminan bahawa apabila krisis melanda negara anggota akan berdiri bersama sebagai jiran, rakan kongsi dan sahabat.

“Malaysia berbangga mempengerusikan AMMTC Ke-19 tahun ini, ia bukan sekadar tanggungjawab, tetapi satu penghormatan dapat berjalan seiring dengan rakan-rakan ASEAN dalam misi membina rantau yang lebih selamat dan terjamin untuk generasi akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

444
Kongsi :
Previous post MELAKA BUKTIKAN REPUTASI NEGERI SELAMAT
Next post MELAKA BAKAL MILIKI PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI PERTAMA DI MALAYSIA