
Kerosakan peralatan PMU di Yong Peng punca gangguan elektrik -TNB
KUALA LUMPUR, 27 Julai – Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.
TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerosakan itu mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.
Menurut TNB, bekalan elektrik di kawasan mengalami gangguan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada 3:02 petang yang mana kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku, hasil usaha berterusan pasukan teknikal syarikat utiliti itu.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR, JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT RANCAKKAN EKONOMI KOMUNITI
TANJUNG BIDARA 19 September - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat turut memberikan...
AB RAUF FOKUS PEMBANGUNAN, JAGA RAKYAT MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 September - Keutamaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika ini adalah untuk menerajui pentadbiran...
MELAKA BAKAL JADI MEDAN PERHIMPUNAN SENI SILAT NUSANTARA
TANJUNG BIDARA 19 September - Melaka berhasrat menjadi medan penyatuan warisan seni dan budaya rumpun Melayu menerusi penganjuran Perhimpunan Seni...
TAK PERLU JANJI TEMU, HEBAT MACAM ‘ONE STOP CENTRE’
TANJUNG BIDARA 19 September - Tidak perlu menunggu janji temu atau mencari ruang untuk masuk ke pejabat kerajaan, sebaliknya hanya...
TOK RAUF TAK LUPA MASYARAKAT CINA, BANTU RAKYAT TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG
TANJUNG BIDARA 19 September - Kasih Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak mengenal bangsa kerana menjadi tanggungjawab...
TANJUNG BIDARA ‘LUBUK’ KAKI PANCING, 1,140 BERENTAP DI BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 19 September - Seramai 1,140 kaki pancing dari dalam dan luar Melaka menyertai Tanjung Bidara Surfcasting Challenge 2026...
