
Kes COVID-19 dunia lepasi 74 juta
NEW YORK 17 Dis. – Kes COVID-19 global mencecah 74,087,090 dengan 1,646,687 kematian di seluruh dunia setakat jam 6.28 petang waktu tempatan (2328 GMT), pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua menurut data dikumpulkan Johns Hopkins University.
Amerika Syarikat (AS) melaporkan sejumlah 16,914,853 kes dan 307,064 kematian, kedua-duanya adalah tertinggi di dunia, diikuti India sebanyak 9,932,547 kes.
Sementara itu Brazil merekodkan 7,040.608 kes dan 183,735 kematian, kedua tertinggi di dunia.
Negara-negara dengan lebih 1.8 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Turki, Britain dan Itali sementara negara yang mencatat lebih 52,000 kematian antaranya India, Mexico, Itali, Britain, Perancis dan Iran, menurut data itu.
Kes global mencecah 70 juta pada 11 Disember. Hanya mengambil masa lima hari untuk meningkatkan jumlah kes kepada 74 juta.
AS kekal sebagai negara paling teruk dijangkiti, menyumbang lebih 22 peratus kes global.
Pada Selasa, AS menambah 3,019 kematian, jumlah korban ketiga tertinggi sejak pandemik itu bermula. Ia juga menandakan hari ke-43 berturut-turut lebih 100,000 kes dilaporkan setiap hari sejak November.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MELANGKAH KE 2026 DENGAN DOA, SELAWAT
AYER KEROH 28 Disember - Penganjuran Majlis Melaka Berselawat sempena Ambang Tahun Baharu 2026 mencerminkan prinsip Kerajaan Negeri untuk melangkah...
HUJAN RAHMAT BERKATI MELAKA BERSELAWAT
AYER KEROH 27 Disember - Cuaca tidak menentu sejak petang tadi sama sekali tidak menghalang ribuan umat Islam untuk berhimpun...
POTENSI KUALA LINGGI SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN MESRA KELUARGA, KOMUNITI
KUALA LINGGI 27 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi memiliki potensi besar sebagai destinasi pelancongan mesra keluarga dan...
MAK ESAH KEBAYA MERAH DUTA DIGITAL PROMOSI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 27 Disember - Rakyat Kuala Linggi boleh berbangga apabila memiliki seorang ikon maya yang begitu sinonim di hati...
MELAKA BIKE WEEK 2026 BERSKALA MEGA – KM
KUALA LINGGI 27 Disember - Kejayaan Melaka Bike Week Edisi Kedua 2025 menggamit lebih 60,000 peminat motosikal dari seluruh negara...
KOLEJ KOMUNITI JASIN ANGKAT SENI ‘QUILLING ART’
BANDA HILIR 27 Disember - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) berhasrat menjadi antara institusi pengajian tinggi yang memainkan peranan penting dalam...
