Kes COVID-19 menurun, 99.36 peratus hanya bergejala ringan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sebanyak 21,700 kes COVID-19 atau 99.36 peratus daripada jumlah keseluruhan 21,839 kes positif harian dilaporkan semalam merupakan kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kurang satu peratus iaitu 0.64 peratus atau sebanyak 139 kes COVID-19 yang dilaporkan semalam dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Kes COVID-19 kategori satu yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 9,401 kes manakala kes kategori dua 12,299 kes.

“Sebanyak 60 kes atau 0.28 peratus dalam kategori tiga, 42 kes (0.19 peratus) dalam kategori empat dan 37 kes (0.17 peratus) dalam kategori lima,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam dan sebanyak 242 kluster didapati masih aktif setakat ini.

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt di seluruh negara yang dicatatkan semalam adalah 0.92 dengan Selangor merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.05 manakala kadar paling rendah dicatatkan di Sabah iaitu 0.63.

Katanya empat negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus dengan tertinggi di Putrajaya pada tahap 100 peratus.

Tiga lagi negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau ICU melebihi 50 peratus ialah Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (55 peratus) dan Selangor (51 peratus).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

724
Kongsi :
Previous post DMDI prihatin bantu 197 keluarga mangsa banjir
Next post 10 ADUN angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor
Ubah saiz-+=