
DMDI prihatin bantu 197 keluarga mangsa banjir
AYER LIMAU 26 Mac – Seramai 197 buah keluarga yang terkesan akibat banjir telah dibantu hasil keprihatinan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di negeri ini.
Timbalan Pengerusi (DMDI), Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata, peruntukan sebanyak RM115.430.20 disalurkan dalam misi bantuan itu bermula sejak Januari hingga bulan ini.
Beliau berkata, dalam misi berkenaan pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan membabitkan keluarga di tiga daerah di Melaka antaranya sumbangan yang berupa barang keperluan harian, barangan elektrik, pakaian dan peralatan sekolah.
“Penyerahan dimulakan dengan penyerahan kupon pakaian sekolah bernilai RM300 kepada 46 keluarga.
“Selain Melaka, DMDI turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di lima buah negeri termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa banjir di Kampung Telok Berembang, Lubok China, di sini, semalam.
Dalam kunjungan itu terdapat dua buah rumah yang mengalami kerosakan telah dibantu dengan bantuan perabot dan peralatan memasak dengan peruntukan kira-kira RM12,000.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
