
Kes COVID-19 menurun, tiga kematian direkodkan
AYER KEROH 9 Jun – Kes baharu positif COVID-19 di Melaka turun mendadak hari ini kepada 150 kes berbanding 314 kes direkodkan semalam.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), daripada jumlah itu 144 adalah kes tempatan dan enam kes import selain terdapat pertambahan 20 kes membabitkan kluster sedia ada.
Katanya, pertambahan kes itu melibatkan enam kes daripada Kluster Industri Batu Berendam, lima kes Kluster Batu 16 Berendan, satu kes Kluster Terendak Permai dan empat kes masing-masing Kluster Industri dan Kluster Pengkalan Balak.
“Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri ini meningkat kepada 14,173 orang.
“Setakat ini seramai 2,066 orang masih dirawat termasuk 45 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka,” katanya kenyataan itu.
Menurut JKN, terdapat pertambahan tiga lagi kematian hari ini membabitkan pesakit dirawat di ICU Hospital Melaka.
“Kes membabitkan dua wanita berusia 63 dan 84 tahun, masing-masing dari Batu Berendam dan Telok Mas serta lelaki berusia 81 tahun dari Kesang,” kata kenyataan itu.
Menurut JKN lagi, seramai 167 pesakit direkodkan sembuh daripada wabak COVID-19 hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
