Kesal dakwaan guru agama ditukarkan status kontrak khas

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BUKIT PALAH 6 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menukarkan status Gred N11 guru agama kepada kakitangan kontrak khas selain diberi elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata pihaknya kesal kerana dakwaan terbabit adalah tidak benar.

Katanya, kebanyakan guru berkenaan tidak mengajukan kekeliruan berhubung perkara itu kepada JAIM sebaliknya terus mempercayai kenyataan yang tular di media sosial.

“Memang saya mendengar mengenai aduan berkenaan yang tular di media (sosial), sekarang ini kita sedang dalam proses secara berfasa memberi penerangan kepada guru terlibat.

“Kebanyakan aduan tidak benar. Sepatutnya perkara ini dirujuk kepada JAIM yang mempunyai jawapan.

“Tetapi sebaliknya ada mempercayai perkara itu berdasarkan kepada andaian dibuat,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka di Auditorium Al-Azim, di sini, hari ini.

Rahmad berkata, demikian ketika mengulas dakwaan penukaran status guru terbabit yang tular di media sosial berdasarkan rakaman audio pada sesi taklimat daripada pengurusan JAIM dengan guru berkenaan, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata JAIM sama sekali tidak akan menganiaya warga pendidik sebaliknya sentiasa menjaga kebajikan mereka.

“Kita tidak akan menafikan hak dan kebajikan mereka. Selagi mampu kita akan jaga kebajikan guru KAFA, guru JAIM.

“Malam tadi ada yang mengadu perkara sama, mereka sudah dapat jawapan dan berpuas hati,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3888
Kongsi :
Previous post Angkat produk tempatan jadi tarikan pelancongan Melaka
Next post Kesesakan di Klebang perlukan bantuan pusat
Ubah saiz-+=