
Ketua Menteri adakan lawatan ke LHDN Melaka
AYER KEROH 17 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mengadakan lawatan secara rasmi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), sebentar tadi.
Beliau tiba kira-kira jam 2.30 petang itu bagi melihat pengoperasian dan sistem pengurusan LDHN di negeri ini.
Sulaiman meluangkan masa kira-kira satu jam bagi melihat sendiri pengurusan LHDN dalam menambahbaik pengoperasian LHDN.
Pada lawatan itu, Sulaiman turut mendengar taklimat yang disampaikan pihak LHDN sebelum berangkat meninggalkan lawatan.
Kehadiran Sulaiman sekali gus menjadi pendorong semangat buat kakitangan LHDN untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Mohd Jaafar Embong.
Views:
Related


Berita Lain
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
RUNDINGAN KERJASAMA PRN MELAKA BELUM BERMULA – AB RAUF
BANDA HILIR 24 September - Rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
INTEGRITI, AMANAH JADI TERAS WARGA MAIM
PENGKALAN BATU 24 September - Nilai integriti dan amanah perlu terus menjadi teras dalam budaya kerja warga Majlis Agama Islam...
DULU 30 MINIT, KINI BAWAH 10 MINIT LALU DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 24 September - Dilema penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal yang berdepan kesesakan luar biasa kini...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN RAKYAT, SUBURKAN PERPADUAN
DURIAN TUNGGAL 24 September - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menyuburkan lagi semangat kekitaan dan cakna terhadap individu sekeliling...
