Sorting by

×

KETUA MENTERI BERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA ADIK SOFIA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERKAM 12 September – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, memberi suntikan semangat kepada adik Sofia Mohamad Ashree yang bakal mewakili negara pada pertandingan Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.

Sofia yang merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah bakal beraksi di pentas World Finals of the Hippo English Language Olympiad pada 29 September hingga 2 Oktober ini di Assisi, Itali.

Ketua Menteri yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 sebagai motivasi dan ‘tonik’ tambahan untuk anak jati Serkam itu mencapai kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama negara.

“Ketua Menteri turut mendoakan agar adik Sofia bersama delegasi terlibat akan mengecap kejayaan di bumi Itali dan membawa nama baik Negeri Melaka dan MRSM Alor Gajah sepanjang di sana.

“Pada masa sama, Ketua Menteri turut mendoakan perjalanan adik Sofia sepanjang pertandingan ini dipermudahkan dan seterusnya dapat mencipta satu lagi kejayaan bermakna untuk Negeri Melaka,” kata Abdul Hakim kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan di kediaman adik Sofia yang terletak di Kampung Serkam Pekan, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Sofia merupakan antara enam pelajar MRSM Alor Gajah yang berjaya mewakili negara dalam pertandingan Hippo English Without Borders Contest 2025.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

502
Kongsi :
Previous post 129 KONTINJEN AGENSI AGAMA WAKILI MELAKA DI IJPAM 2025
Next post SUARA LANTANG MOHAMAD IMAN SHAHZWAN BAWA TUAH