
Ketua Penolong Pengarah maut kereta rempuh pokok
AYER MOLEK 6 Disember – Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka maut selepas kereta dipandu terbabas merempuh sebatang pokok di Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhampiran Paya Dalam di sini, petang semalam.
Mangsa, Md Razif Shahid, 54 bertugas di bahagian Sektor Pendidikan Islam jabatan itu yang memandu kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bukit Baru menghala ke Sungai Rambai untuk pulang ke rumahnya di Kampung Sebatu.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok.
“Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati lebuh berkenaan adalah jalan dua lorong satu hala dan keadaan cuaca ketika itu baik dan tidak hujan.
Katanya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RINGGIT CECAH 3.99 BERBANDING DOLAR AS, PALING KUKUH DALAM TEMPOH LEBIH TUJUH TAHUN
KUALA LUMPUR 23 Januari - Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul...
PENGALAMAN NAIK BOT TEMPUR, HADIAH HARI JADI UNTUK ANAK
KLEBANG 23 Januari – Peluang menaiki bot tempur Rejimen Gerak Khas (RGK) pada Karnival Tentera Bersama Rakyat Sempena Majlis Penutup...
MAIM PERKASA WAKAF KESIHATAN, BANTU ASNAF DAN GOLONGAN MEMERLUKAN
BANDARAYA MELAKA 23 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil langkah proaktif memperkasa wakaf kesihatan sebagai instrumen kebajikan perubatan...
SUMBANG BERAS UNTUK ORANG KAMPUNG SETIAP DUA MINGGU
DURIAN TUNGGAL 23 Januari – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil akan memperkenalkan satu program...
DULU SURI RUMAH, KINI PEMBUAT BATIK
MACHAP JAYA 23 Januari - Bermula dengan hanya 'langkah kecil' meluangkan masa kira-kira seminggu mempelajari pembuatan batik, sekumpulan suri rumah...
OPERASI LORONG BELAKANG: MPJ KELUAR 13 NOTIS AMARAN, 1 KOMPAUN
JASIN 23 Januari – Sebanyak 14 notis amaran dan kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam Operasi Pemeriksaan Taman Perumahan...
